Wednesday, September 1, 2010

Minggu 7 : Jurnal Refleksi











Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia...


Pada minggu ini, terdapat dua kumpulan yang membuat pembentangan iaitu kumpulan kami menerangkan Muzik Kuda Kepang dan kumpulan yang kedua itu membentangkan mengenai Muzik Keroncong...

Kami membentangkan mengenai Muzik Kuda Kepang tersebut dan pelbagai perkara sebenarnya yang saya tidak tahu mengenai kuda kepang, sebelum diberi tugasan untuk membentangkan mengenai muzik dan tarian kuda kepang. Apabila mengkaji dan membaca pelbagai bahan mengenai kuda kepang barulah saya faham akan muzik kuda kepang yang sebelum ini, yang dikenali masyarakat adalah muzik bersahaja akan tetapi muzik kuda kepang sebenarnya bukan semudah itu apabila dipersembahkan dikhalayak orang ramai kerana mempunyai pantang larang yang wajib dipenuhi sebelum tarian kuda kepang itu dimulakan.

Pembentangan kumpulan lain pada hari tersebut ialah mengenai muzik keroncong. Muzik keroncong adalah salah satu muzik yang tidak asing lagi dalam muzik tradisional di negara kita. Muzik keroncong mutakhir ini sangat-sangatla semakin berkembang terutamanya di institusi pengajian tinggi dan sekolah, namun muzik ini harus dipelihara agar nilai dan ketulinannya tidak terhakis mengikut peredaran zaman yang kian pesat. Dalam pembentangan kumpulan yang membentang muzik keroncong itu, saya mengucapkan tahniah kerana boleh menerangkan dan memberi sedikit kefahaman kepada kami yang sebelum ini tidak tahu bagaimana cara alat muzik keroncong itu dimainkan. Selain itu, pendapat segelintir masyarakat yang sebelum ini menganggap muzik keroncong itu senang dimainkan adalah tanggapan yang salah dan perlu diubah kerana memainkan alat muzik keroncong adalah sangat susah saya mengetahuinya selepas melihat sendiri alat muzik itu dan cara ia dimainkan..


Saya berharap agar kumpulan lain yang membentang selepas ini lebih menonjol dan memberi keterangan yang membuatkan pendengar atau pelajar lebih faham dan akan berminat dalam muzik yang akan mereka bentangkan itu. Sekian...

0 comments:

Post a Comment

 

BLOG PELAJAR KUMPULAN A

BLOG PELAJAR KUMPULAN B

BLOG PELAJAR KUMPULAN C

SMP 2252 SHAAFRI Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template