Monday, July 26, 2010

Minggu 2 : Jurnal Refleksi

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia…..

Pada minggu kedua ini, saya telah mempelajari dan memahami apa yang dimaksudkan dengan soundscape, budaya muzik, sejarah muzik, kategori alat muzik serta konsep dan struktur muzik. Sebelum ini, saya mengetahuinya serba sedikit dan tidak secara terperinci iaitu apa yang dimaksudkan dengan konsep, budaya, sejarah dan kategori muzik dan sebagainya kerana saya sudah pun mengambil subjek Music Appreciation dulu namun subjek Muzik Tradisional Malaysia (SMT2252) ini mengukuhkan lagi pengetahuan ‘knowledge’ saya dalam subjek atau bidang ini.

Perkataan yang pertama saya mempelajari pada minggu yang kedua ini ialah soundscape. Soundscape yang diterangkan ialah merujuk kepada dua perkataan iaitu sound bermaksud bunyi dan scape adalah pemandangan dan rumusannya pemandangan bunyi merujuk kepada bagaimana karektor bunyi mengambil tempat dalam konteks lingkungan suara. Konsepnya, landscape adalah mata dan soundscape ialah bunyi mengikut apa yang diajar dan diterangkan dalam kuliah tersebut. Dalam aspek pembelajaran soundscape ini, terdapat satu sesi mendengar iaitu bertujuan memfokuskan beberapa karektor bunyi dalam video yang dirakam, Bunyi/Suara apa yang paling jelas didengar, Bunyi /suara apa yang paling merdu, Bunyi/suara apa yang paling jauh, Bunyi suara apa yang paling selesa didengar. Hal ini dapat membantu dan meningkatkan kepakaran dalam bidang aurali atau pendengaran dalam muzik.

Selain itu, juga diterangkan mengenai budaya muzik (music culture) iaitu bermaksud Penglibatan menyeluruh berkaitan muzik seperti idea, aksi, institusi, material (peralatan, pakaian dan sebagainya). Disamping itu, setelah mempelajari budaya muzik ini, boleh mengenalpasti budaya muzik melalui genre.

Sejarah juga diterangkan dalam kuliah tersebut. Sejarah muzik tradisional Malaysia diingatkan bahawa kepulauan Melayu lama merangkumi Malaysia, Indonesia, sebahagian Thai, Kampuchea dan Filipina. Dalam Konteks Budaya iaitu terdapat persamaan alat/struktur muzik, dipengaruhi unsur-unsur Timur Tengah, India dan China Interaksi sosiobudaya menghasilkan kepelbagaian genre. Selain itu juga diterangkan mengenai iaitu benua Asia ke Kepulauan Pasifik 3000sm iaitu Proto Melayu 300sm bergerak kelembah/dataran (Asia Tenggara/Melayu Serantau) Deutro Melayu. Penganut agama animisme iaitu penggunaan jampi serapah memuja semangat contohnya Wayang Kulit. Pengarauh Pedagang India juga iaitu Epik Ramayana/ Mabharata (Penggunaan Alat Muzik seperti Gendang dan Serunai). Kerajaan Hindu Funan (1-627 TM) Delta Mekong, Langkasuka dan Kedah. Kerajaan Seriwijaya iaitu Palembang di Sumatera Selatan dan tahun 1292 iaitu sekurun diperintah Kerajaan Hindu Majapahit Semua yang disebut tadi Kebudayaan Melayu Lama. Hal ini adalah kami pelajari dan telah diterangkan semasa kuliah tersebut.

Selain itu, kategori alat muzik juga diterangkan dalam kuliah tersebut. Kategori alat muzik ini dapat dipecahkan kepada empat bahagian besar iaitu alat muzik kordofon, membranofon, aerofon dan idiofon. Kordofon adalah alat muzik yang menghasilkan bunyi daripada getaran pada tali. Membranofon pula menghasilkan bunyi apabila dipalu atau diketuk. Membranofon ini terbahagi kepada dua iaitu membranofon yang berpic dan tidak berpic. Contohnya membranofon yang berpic ialah xylophone, manakala membranofon yang tidak berpic ialah bass drum, rebana,kompang dan sebagainya. Aerofon pula ialah alat muzik yang menghasilkan melalui lubang udara dan idiofon ialah alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui tindakbalas pada rangka badan yang bergema. Contoh alat muzik idiofon ialah gong dan lain-lain. Dalam kategori idiofon terdapat alat-alat muzik 'metallophone', yang diperbuat daripada logam gangsa seperti saron dan gendir dalam ensemble gamelan.

Pada akhir pembelajaran juga diterangkan struktur dan konsep muzik iaitu apa yang dimaksudkan dengan melodi, ritma/meter, harmoni, bentuk/ form, notasi dan exspresi/tafsir iaitu kepekaan terhadap mood dan perasaan seperti perubahan pada tempo,dinamik,frasa dan corak tone iaitu cirri kualiti suara.

Secara keseruluhannya, pembelajaran pada minggu kedua ini memberi input atau membuka minda saya untuk lebih memahami bidang muzik tradisional Malaysia ini seterusnya membolehkan saya yakin mengemukakan atau mengajar berkaitan dengan muzik tradisioanal ini.


0 comments:

Post a Comment

 

BLOG PELAJAR KUMPULAN A

BLOG PELAJAR KUMPULAN B

BLOG PELAJAR KUMPULAN C

SMP 2252 SHAAFRI Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template