Saturday, October 30, 2010

minggu 14 : Jurnal Refleksi

Assalamualaikum dan salam muhibah semua...


Pada minggu ini, pembentangan diteruskan dengan tajuk 'tarian singa'. Tarian singa ini adalah satu adat warisan tarian Cina. penari meniru pergerakan cina dan kostum singa. Terdapat dua orang memainkan tarian singa ini. Istilah lain, dua orang bermainkan tarian singa ini iaitu dua hati menjadi satu. Hal ini susah untuk dimainkan kerana melibatkan orang kedua. keseragaman dan kesamaan asal dan teknik sangat diutamakan dalam meniru gaya singa itu..
Tarian singa ini diiringi oleh gong, drum dan dentuman mercun yang dikatakan membawa tuah.


Sejarah singa ini adalah dianggap sebagai pelindung kebanyakkan adat orang asia dan terutamanya yang berketurunan cina. Dan ini juga telah menjadi adat kebanyakkan di china, korea, jepun, taiwan, thailand dan vietnam. Namun setiap negara mempunyai tarian berbeza..Dalam tarian cina terdapat dua tarian yang terkenal dan popular iaitu 'tarian singa utara' dan 'tarian singa selatan'.


Sejarah tarian singa di Malaysia pula, ini di bawa masuk ke dalam negara kita pada abad ke-19 oleh penghijraan orang cina ke tanah besar cina. Tarian ini sebuah tarian yang bersemangat dan ini juga diiringi oleh paluan gendang tagu cina, dan simbal,.



Tarian singa selatan

-lebih membawa perlambangan alam sekitar
-selalunya dipersembahkan untuk adat istiadat membuang jahat dan upaca meminta tuah
-terdiri daripada sehelai kain iaitu panjang 2 meter dan di cat warna merah, hitam, hijau, biru
-pada kain itu diletakkan loceng kecil dan terdapat diatas badan melambangkan kekuatan, kecerdasan dan bertenaga,
-mengunakan pelbagai warna, kepala kostum mempunyai mata yang lebih besar dari singa utara
-di batang hidung dan kepala terdapat cermin.
- hanya satu tarian ini dipersembahkan dari rumah ke rumah semasa perayaan cina
-singa mencari makanan dalam keadaan sedih, gembira dan marah
-pada akhir, memakan sayur hijau dan mendapatkan angpow.

Tarian singa Utara

-berasal dari utara china dan tarian ini untuk sebagai hiburan diraja
-kostum singa mengunakan warna merah,jingga kuning dan hijau adalah kostum bagi singa betina..
-tarian ini lebih banyak pergerakan akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan.
-mempunyai badan, ekor dan kaki yang berbulu
-suka bergurau
-bersifat pementasan akrobatik


Alat Muzik

-Lu-gu Gong dan gendang , simbal





REFLEKSI TERAKHIR MINGGU KE-14..



Alhamdullilah, bersyukur saya ke hadrat Illahi kerna limpah dan kurniaNya dapatlah saya belajar sejarah muzik tradisional ini dari minggu pertama hingga ke minggu ke empat belas ini. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah subjek ini iaitu En. Amran Aris kerana mengajar kami dalam subjek ini. Sebenarnya subjek ini amat dan terlalu seronok bagi saya kerana pelbagai benda yang kami perolehi iaitu semestinya membuat tugasan menggunakan weblog ini, dan yang pastinya ini terbaru bagi kami kerana sebelum ini kami tidak mempunyai subjek yang megunakan weblog untuk membuat jurnal refleksi setiap minggu seperti subjek ini.

Dalam pembelajaran Subjek ini, teknikal, kandungan kursus dan menggunakan kemahiran berfikir adalah disemai dalam pengajaran dan pembelajaran kursus ini dan ini membuatkan kami lebih bersedia dengan kehidupan luar sana yang lebih mencabar dan kami juga menjadi pendidik nanti mampu mengajar kepada anak bangsa mengenai skop yang luas tentang kursus ini iaitu muzik tradisional.


Dalam pembelajaran ini, pendekatan pengajaran pensyarah adalah cemerlang dan sesuai bagi saya dan semestinya semua pelajar faham apa yang diajar didalam kelas. Pelbagai pendekatan yang digunakan membuatkan pelajar sentiasa memberi tumpuan dan sentiasa bersama pensyarah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.



Bagi pembentangan kumpulan, semua kumpulan yang membuat pembentangan adalah berjaya dengan jayanya dengan bantuan kajian yang dibuat. Pembentangan tersebut boleh dipertingkatkan lagi termasuklah secara teknikal, analitikel yang kukuh.


Kesimpulannya, saya mengucapkan sekali lagi ribuan terima kasih kepada pensyarah iaitu En Amran bin Aris selaku pensyarah yang mengajar kami dan kepada kawan-kawan yang juga memberi pendapat dikala saya meminta idea dalam subjek ini. secara keseruluhannya, saya berpuas hati dengan apa yang diajar dan apa yang saya belajar membuatkan saya faham mengenai kurus yang diajar ini. Semoga Allah memberkati amalan kita didunia dan akhirat..
Akhirulkalam....selamat menjawab 'Exam paper' ini dan semoga berjaya dan selamat bercuti, see you next semerster....InsyaAllah...
Teruskan Membaca...

minggu 13 : Jurnal Refleksi



Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera...

Pada minggu ini, kami mempunyai ujian dikehendaki menjawab soalan bagi melengkapkan kursus ini dan pembentangan diteruskan dengan tajuk gendang 24 musim. Gendang ini adalah berasal dari satu musim pertanian di negara China. Nama musim yang ditulis pada gendang dengan kaligrafi Cina. Di dalam negara cina , terdapat 4 musim besar, iaitu musim bunga, musim panas, musim gugur, dan musim dingin. Musim ini kemudiannya dibahagikan kepada 6 musim kecil disebabkan ia berkaitan dengan jadual pekerjaan petani di negara China. Mengikut pada kalendar Cina, petani akan mengetahui masa bila untuk membajak tanah, menyemai, menuai dan aktiviti-aktiviti pertanian yang lain. Selain itu, koreografi pergerakan pemuzik juga adalah mengikut pada aksi aktiviti-aktiviti pertanian dan mempamerkan suasana yang meriah.

Semasa persembahan tersebut, pemain dram akan memakai kostum tradisional lelaki cina. Mereja juga menggunakan prop lain seperti topeng, bendera berwarna-warni dan kain panjang berwarna. Persembahan ini tidak lah terhad pada perayaan besar kaum cina sahaja, tetapi ianya juga dipersembahkan dalam majlis-majlis rasmi kerajaan.

Gendang 24 musim ini hanya menggunakan instrument gendang sahaja iaitu gendang shigu, iaitu dram tarian singa dan juga gendang longgu. Gendang ini semuanya hampir sama dan merupakan gendang besar berbentuk tong. Gendang ini mempunyai satu muka kulit kerbau atau lembu pada bahagian atas yang dipaku pada bahan kayu dengan paku besi. Di dalam gendang itu terdapat beberapa dawai besi seperti spring iaitu untuk bertujuan memberikan warna ton yang baik. Gendang ini diletakkan di atas rak kayu berkaki empat. Muka kulit gendang dipukul dengan menggunakan dua pemukul kayu.

Sejarah permulaan gendang 24 musim di negara kita ini adalah sebenarnya berasal dari Johor Bahru, iaitu diasaskan oleh seorang guru muzik di sebuah sekolah di Johor Bahru.

Penubuhan muzik gendang 24 musim ini telah membuka mata masyarakat dunia akan kehebatan ini dan terutamanya di China sehingga terdapat guru-guru muzik dari China yang datang ke Malaysia untuk mempelajari ilmu bermain gendang 24 musim ini. Kini gendang 24 musim ini tidak asing lagi bagi rakyat malaysia. Muzik ini juga sedang dikembangkan di setiap peringkat iaitu di ajar di sekolah dan banyak lagi. Hal ini terbukti Malaysia mampu dan berdaya saing dengan negara lain dalam aspek muzik ini.






Teruskan Membaca...

minggu 12 : Jurnal Refleksi

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera..


Pada minggu ini tidak mempunayai kuliah kerana Majlis konvokesyen diadakan dan kami terlibat dalam majlis. Majlis konvokesyen berlangsung dari 12 hingga 16 oktober 2010 iaitu selama seminggu. Kuliah ini akan diganti pada hari lain dan minggu seterusnya...

Teruskan Membaca...

Monday, October 18, 2010

minggu 11 : Jurnal Refleksi



Assalamualaikum
dan salam satu Malaysia...


Seperti biasa, pembentangan pada minggu ke 11 ini diteruskan dengan tajuk muzik wayang kulit. Pembentangan pada minggu ini juga agak menarik kerana kerana sebelum pembentangan, mereka membuat demo persembahan wayang kulit iaitu yang dimainkan oleh pemuzik fakulti muzik. Dalam persembahan tersebut, saya amat kagum dengan muzik itu dan juga seni pada ukiran pada patung yang digunakan. Seolah-olah watak yang digunakan itu hidup dan wujud didunia...

Pembentangan kumpulan ini menyentuh tentang sejarah, jenis-jenis wayang kulit daripada pelbagai, peralatan yang digunakan dalam muzik ini, dan ini menambah lagi ilmu saya berkaitan tajuk ini. Sebelum ini tajuk ini sudah pun diterangkan oleh En. Amran tetapi tajuk ini dibentang semula dan membuatkan saya faham..


Selain itu, saya mengucapkan tahniah kepada kumpulan ini kerana membuat pembentangan yang baik seperti kumpulan-kumpulan lain. semoga ilmu kita ini diberkati olehNya untuk juga ilmu ini menjadi bekalan kita untuk mengajar insan lain di sana satu hari nanti.






Teruskan Membaca...

Saturday, October 9, 2010

minggu 10 : Jurnal Refleksi




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia....



Pada minggu ke-10 ini membincangkan tentang 'Nobat'.Seperti yang kita ketahui bahawa Muzik nobat ialah sejenis pencaragam di Raja yang hanya dimainkan di Istana pada upacara-upacara di raja seperti pertabalan, perkawinan dan persemadian di Raja.


SEJARAH NOBAT

Daripada pembentangan tersebut, mengenai muzik nobat ini, lebih kurang empat kurun dahulu, nobat kedah dan perak mula diketahui dan pada sejarah melayu juga pada masa pemerintahan Sultan Muhammad Shah (1435) juga telah mengunakan nobat. Juga menyatakan nobat diperkenalkan oleh permaisuri Bentan. Baginda memberi nobat kepada raja yang pertama sekali membuka Singapura dan temasyik iaitu raja Sri Tri Buana. Dan pada masa itulah bermulanya nobat dimainkan. Daripada rata-rata orang yang mereka temui, menolak cerita dongeng ini, dan daripada kajian mereka, bahawa muzik nobat ini dibawa oleh pedagang atau penyebar agama Islam adalah lebih banyak kesahihan atau fakta yang benar.

  • Daripada pedagang arab yang datang kerantau ini dan turut meningalkan pengaruh kebudayaan mereka.
  • Puak arab yang datang ke tanah ada yang berketurunan raja. Apabila mereka singgah berdagang di India, mereka membawa sejenis alat bunyian iaitu disebut Nahubat di India.
  • Not-not lagu nobat yang dipanggil 'dai' ditulis dalam jawi.

Alat Muzik

Alat muzik yang digunakan dalam muzik nobat ialah serunai, gendang ibu dan anak, nafiri, gong, mahaguru/semambu.






  1. serunai
  • Ukuran panjang 43cm
  • Mempunyai 7 lubang diatas permukaan
  • lubang ini menentukan not apabila dimainkan





2. Gendang ibu dan anak
  • Ukuran panjang gendang ini ialah 20' iaitu bersamaan dengan 50cm. lebarnya ialah 7' jejari
  • Diperbuat daripada kayu yang baik dan tahan lasak
  • Mengunakan kulit harimau di sebelah kanan dan kulit kambing disebelah kiri.


3. Nafiri
  • Panjang instrumen ini ialah 33cm.
  • Diperbuat daripada perak tulen.
  • Mempunyai temeluk yang terdapat pada dua bahagian yang berbentuk seperti buah 'kandis'
  • Bahagian serombong nafir agak leper dan dan berbunga.



4. Gong
  • Diperbuat daripada tembaga merah daripada tanah jawa.
  • Batang pemukul ini diperbuat daripada batang kayu keras.
  • Gong ini digantung di tempat khas iaitu dinamakan 'cagak'
  • luas gong adalah kira-kira 18'
  • Permukaan tengah adalah menonjol

5. Mahaguru/semambuh
  • Alat yang penting dalam muzik nobat
  • Diperbuat daripada rotan
  • Bersaiz 5' X 11.

Lagu-lagu nobat
  • Lagu Raja Burung.
  • Lagu Seratan.
  • Lagu Belayar.
  • Lagu Bayat.
  • Lagu Bayok.
  • Lagu Sepindin.
  • Lagu Malawala.
  • Lagu Sadaruna.
  • Lagu Mambang Berkayuh.
  • Lagu Mambang Cina.
  • Lagu Bujang Hilir.
  • Lagu Tempoyak.
  • Lagu Gendang Anak.
  • Lagu Lumat.
  • Lagu Dewa Saja.
  • Lagu Arak-arak.
  • Lagu Belimau.
  • Lagu Palu.
  • Lagu Perang.


Pantang Larang

  • Mahaguru merupakan alat penunjuk dan mesti dihormati
  • Alatan muzik Nobat tidak boleh dipersendakan
  • Alat-alat Nobat ini tidak boleh dimainkan di pesta-pesta atau temasya lain.
  • Orang-orang Nobat tidak dibenarkan mengajar semua lagu yang diketahui kepada keturunannya.
  • Sesiapa pun tidak dibenarkan menyentuh alat muzik Nobat ini.
  • Semasa Nobat hendak dimainkan, pemian Nobat ini mestilah mengikut jalannya ke tempat letak alat-alat itu sebelum dibenarkan duduk.
  • Sesiapa pun tidak dibenarkan melihat permukaan bawah gendang Nahara keana ia dipecayai diperbuat daripada kulit perut perempuan mengandung.
  • Kedudukan alat Nobat ini mestilah tetap dan tidak boleh diubah. Nahara mestilah menghadap ke arah matahari terbit.
  • Semasa hendak menyalin kulit Nahara, pemain Nobat mestilah menggunakan kain selendang berwarna kuning.
  • Apabila alat-alat hendak diturunkan ke tempat lain seperti Balai Besar hendaklah mengikut peraturan iaitu didahului oleh Semambu atau Mahaguru, Serunai, Gendang ibu, Gendang anak, Gong, dan Nafiri
  • Semua pemain Nobat mestilah megikut keturunan dan muzik Nobat selalu diperturunkan kepada anak lelaki sahaja.
  • Apabila ayah atau pemain hendak berhenti dari bemain Nobat, dia mestilah melatih anaknya dirumah terlebih dahulu dengan menggunakan alat Nobat rekaan. Setelah anaknya mahir, dia boleh menggantikan tempat ayahnya dengan syarat ayahnya mesti menyediakan Nasi Kunyit dan dikemenyankan.
  • Kemudian si anak pelu memakan sekepal Nasi Kunyit sebelum mula bemain.
  • Semasa bermain Nobat, para pemain mestilah memakai pakaian rasmi berwarna hitam.








Teruskan Membaca...

Monday, October 4, 2010

minggu 9 : Jurnal Refleksi






Assalamualaikum w.b.t

Kuliah pada minggu ke 9 ini ialah berkaitan dengan Mak Yong. Mak yong ini ialah kategori drama tari/seni lakon. Ini ialah tarian melayu dan Mak Yong ini ialah gabungan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumenal, lagu, cerita dan percakapan yang formal dan bersahaja. Mak Yong dipertontonkan terutamanya di terangganu, pattani, kelantan, kedah, perlis serta dikepulauan Riau indonesia.Mak Yong ini adalah bertujuan berhibur, cara berubat dan sembah guru.


Sejarah Mak Yong ialah dipercayai wujud sebelum kedatangan islam lagi dan usia sebenar tidak diketahui atau tidak dikenalpasti. Selain itu, menurut Hikayat patani, Mak Yong di bawa masuk ke kelantan 200 tahun dahulu di bawah naungan kesultanan kelantan. dan ini dipersembahkan dan ditontoni oleh rakyat tempatan pada masa itu. Sejarah Mak Yong yang pertama pula ialah, dikaitkan dengan tarian dan semangat padi. ditononi oleh semua lapisan masyarakat dan berterima kasih pada tuaian dan merawat penyakit. pada masa dahulu, permainan ini dipersembahkan sebaik sahaja selepas orang-orang kampung menuai padi di bendang. Sejarah mak Yong yang kedua ialah berkaitan dengan kisah dua adik beradik yang kerjanya menjaga lembu di padang. semasa menjaga lembu, mereka terpesona dengan tiupan angin lembut keatas pokok kayu disekitar padang itu. Gerak geri dahan, ranting dan lambangan daun serta gaya daun luru berguguran kebumi amat mengagumkan dan inilah yang mewujudkan Mak yong.


Jenis-jenis Mak Yong
1) mak yong patani
2) mak yong kelantan
3) mak yong kedah
4) mak yong laut
5) mak yong riau
6) mak yong medan
7) mak yong kalimantan

P ersembahan mak yong yong terkenal di malaysia ialah mak yong kelantan, kedah dan mak yong laut. Alat muzik yang digunakan ialah sebuah rebab, sebatang serunai, gendang anak dan ibu, sepasang tetawak dan gong anak dan ibu. semua peralatan mak yong adalah mempunyai persamaan dan perbezaan antaranya ialah corak pada alat muzik seperti rebab. cerita mak yong di ambil dari manora atau dipinjamkan dari cerita-cerita wayang kulit dan daripada cerita bangsawan. ini kerana menora, makyong dan wayang kulit merupakan rumpun genre teater tradisional. persembahan mak yong adalah gabungan gerak tari, nyanyian, muzik dan teks. dan
tema mak yong adalah merupakan mitos percintaan anak-anak raja dan dewa-dewa pengembaraan kehidupan di istana.

Dalam mak Yong lagu membawa watak-watak tertentu contohnya hulu dan balang iaitu dalang muda dan dalang tua. selainitu, gendang silat mempunyai dua tempoh iaitu lambat dan laju iaitu selagi tidak tumbang selagi itulah idak akan berhenti.







Teruskan Membaca...

Wednesday, September 22, 2010

Minggu 8: Jurnal Refleksi

Assalamualaikum w.t.b dan salam satu malaysia..


Pada minggu ke-8, pembentangan diteruskan dengan tajuk 'Menora'. Menora ialah termasuk dalam muzik tradisional malaysia dan ia merupakan satu seni drama tari yakni mempunyai 12 buah cerita dan terdapat juga 7 cerita asal yang diubah suai. selain itu, terdapat juga pengunaan dalam perubatan.


Sejarah ringkas Menora ini,berasal daripada sangkla thailand dan amat terkenal di wilayah selatan Thailand.

Watak-watak dalam menora ialah lelaki yang mempunyai 3 watak utama iaitu perwira,srikandi dan tok perang.
Teruskan Membaca...
 

BLOG PELAJAR KUMPULAN A

BLOG PELAJAR KUMPULAN B

BLOG PELAJAR KUMPULAN C

SMP 2252 SHAAFRI Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template