Saturday, August 21, 2010

Minggu 6 : Jurnal Refleksi



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Kuliah pada minggu ke-6 tentang makyung dan kompang. Lebih membincangkan tentang sejarah, persembahannya, alat muzik dan tempo,rentak melody muzik makyung dan kompang.


Makyung juga dikategorikan bentuk seni lakon seperti manora, meklumung, jikey. Makyung juga bentuk seni lakon yang sangat kuno juga mempunyai lagenda dan mitos. Menggunakan manusia sebagai pelakon dan mengutamakan dialog, tarian,muzik vokal dan instrumental dan megisahkan penceritaan.

Sejarah Makyung adalah berasal dari patani dan tersebar luas di semenanjung malaysia, medan dan kepulauan riau lingga di indonesia. Dibawa masuk di kelantan lebih pada200 tahun dahulu dan terus dibawa masuk ke kedah. Persembahan makyung dalam ritual dipersembahkan melalui main puteri tujuan menyembuhkan penyakit, persembahan untuk sembah guru dan semasa persembahan aras panggung sama dengan aras tanah.

Cerita makyung adalah berasal daripada dewa muda dan terdapat 11 buah cerita dan 30 buah lagu repertoir muzik vokal dan instrumental. Dialog dan nyanyian tarian dan diiringi muzik vokal dan instrumental cerita ini di sampaikan. selain itu, juga peranan watak-watak iaitu tok wak,peran tua dan muda,pakyung dan pakyung muda, mkayung dan puteri makyung.

Antara lagu-lagu makyung seperti mengadap rebab, kijang mas, lagu sidung. Mode lagu sesebuah persembahan makyung ialah seperti megadap rebab, lagu ela, megulit raja nak tidur, jembar atau mengabul, timang welu atau kijang emas, edayung pakyung, sang atau penyudah.
Alat-alat muzik sepasang gendang, sepasang tetawak, dan sebuah rebab 3 tali. Rebab memainkan melodi utama. Form atau bentuk struktur lagu makyung ditentukan dalam gongan dan dikawal oleh tetawak. sistem gongan 8bit,16 bit 32bit. Irama makyung pula ialah mengunakan 4 timbre iaitu pak, dung, cak , ting dan mengunakan gaya meningkah dan semua lagu makyung mempunyai tempo yang agak perlahan. Dibawah ialah contoh tarian dan muzik makyung.










Sejarah kompang ialah berasal dari kebudayaan arab asia di asia barat juga dikenali sebagai dufuf, daff, tar dan bendir. Di indonesia pula dikenali sebagai terbang atau rebana. Dibawa oleh pedagang arab pada kurun ke 13 masihi. Selalunya kompang dimainkan semasa majlis perkawinan, majlis keraian islam, maulidurasul, berkhatan dan kini ia juga dimainkan semasa menyambut ketibaan pemimpin, dan acara rasmi.


Adab ketika bermain kompang iaitu pakaian amat dititikberatkan, tidak boleh melentangkan kompang, tidak boleh melambung kompang, dan tidak boleh meletakkan arah kulit muka kompang ke lantai. Alat muzik kompang yang yang terpenting ialah bahagian belulang(kulit kambing betina), belulung baluh (kayu nangka).

Fungsi permainan kompang ialah mengiringi aktiviti aktiviti vokalseperti nyanyian solo atau kumpulan ensemble seperti marhaban dan nasyid. Selain itu, ia jugadigunakan dalam mengarak peengantin, kanak-kanak berkhatan, berkhatam alquran, upacara rasmi melibatkan pembesar. Selain itu, ia juga digunakan dalam elemen permainan ensembel lain seperti orkestra, lagu etnik kreatif, caklempong, dan gamelan. Selain itu, ia juga digunakan untuk memeriahkan majlis seperti sukan iaitu untuk menyorakkan lagi majlis tersebut.

Permainan kompang terbahagi kepada pelbagai jenis seperti kompang hadrah, kompang johor, kompang eizhar, kompang kelalang. Teknik bermain kompang, pegang kompang dengan sebelah tangan sementara sebelah tangan lagi memukulnya. Rentak kompang seperti rentak inang asli, rentak masri, rentak asli.

0 comments:

Post a Comment

 

BLOG PELAJAR KUMPULAN A

BLOG PELAJAR KUMPULAN B

BLOG PELAJAR KUMPULAN C

SMP 2252 SHAAFRI Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template