Assalamualaikum dan salam satu Malaysia...
Seperti biasa, pembentangan pada minggu ke 11 ini diteruskan dengan tajuk muzik wayang kulit. Pembentangan pada minggu ini juga agak menarik kerana kerana sebelum pembentangan, mereka membuat demo persembahan wayang kulit iaitu yang dimainkan oleh pemuzik fakulti muzik. Dalam persembahan tersebut, saya amat kagum dengan muzik itu dan juga seni pada ukiran pada patung yang digunakan. Seolah-olah watak yang digunakan itu hidup dan wujud didunia...
Pembentangan kumpulan ini menyentuh tentang sejarah, jenis-jenis wayang kulit daripada pelbagai, peralatan yang digunakan dalam muzik ini, dan ini menambah lagi ilmu saya berkaitan tajuk ini. Sebelum ini tajuk ini sudah pun diterangkan oleh En. Amran tetapi tajuk ini dibentang semula dan membuatkan saya faham..
Selain itu, saya mengucapkan tahniah kepada kumpulan ini kerana membuat pembentangan yang baik seperti kumpulan-kumpulan lain. semoga ilmu kita ini diberkati olehNya untuk juga ilmu ini menjadi bekalan kita untuk mengajar insan lain di sana satu hari nanti.
Selain itu, saya mengucapkan tahniah kepada kumpulan ini kerana membuat pembentangan yang baik seperti kumpulan-kumpulan lain. semoga ilmu kita ini diberkati olehNya untuk juga ilmu ini menjadi bekalan kita untuk mengajar insan lain di sana satu hari nanti.
3 comments:
pembentangan yang diselitkan dengan demonstrasi dapat membantu pelajar lain lebih memahami apa yang tersirat di dalam muzik wayang kulit.
Betul Nurul Hana. Namun hasil dari persembahan itu, kita dapat lihat ramai yang masih kurang memahami bahasa yang digunakan di dalam wayang kurang. Sehingga saya orang kedah yang menjadi juru alih bahasa kelantan.
Mengikut informasi yang diberikan oleh En Amran, wayang kulit telah di animasikan dan ini merupakan satu langkah yang amat baik bagi memperkenalkan budaya kita di mata dunia.
Post a Comment