Saturday, October 30, 2010

minggu 14 : Jurnal Refleksi

Assalamualaikum dan salam muhibah semua...


Pada minggu ini, pembentangan diteruskan dengan tajuk 'tarian singa'. Tarian singa ini adalah satu adat warisan tarian Cina. penari meniru pergerakan cina dan kostum singa. Terdapat dua orang memainkan tarian singa ini. Istilah lain, dua orang bermainkan tarian singa ini iaitu dua hati menjadi satu. Hal ini susah untuk dimainkan kerana melibatkan orang kedua. keseragaman dan kesamaan asal dan teknik sangat diutamakan dalam meniru gaya singa itu..
Tarian singa ini diiringi oleh gong, drum dan dentuman mercun yang dikatakan membawa tuah.


Sejarah singa ini adalah dianggap sebagai pelindung kebanyakkan adat orang asia dan terutamanya yang berketurunan cina. Dan ini juga telah menjadi adat kebanyakkan di china, korea, jepun, taiwan, thailand dan vietnam. Namun setiap negara mempunyai tarian berbeza..Dalam tarian cina terdapat dua tarian yang terkenal dan popular iaitu 'tarian singa utara' dan 'tarian singa selatan'.


Sejarah tarian singa di Malaysia pula, ini di bawa masuk ke dalam negara kita pada abad ke-19 oleh penghijraan orang cina ke tanah besar cina. Tarian ini sebuah tarian yang bersemangat dan ini juga diiringi oleh paluan gendang tagu cina, dan simbal,.



Tarian singa selatan

-lebih membawa perlambangan alam sekitar
-selalunya dipersembahkan untuk adat istiadat membuang jahat dan upaca meminta tuah
-terdiri daripada sehelai kain iaitu panjang 2 meter dan di cat warna merah, hitam, hijau, biru
-pada kain itu diletakkan loceng kecil dan terdapat diatas badan melambangkan kekuatan, kecerdasan dan bertenaga,
-mengunakan pelbagai warna, kepala kostum mempunyai mata yang lebih besar dari singa utara
-di batang hidung dan kepala terdapat cermin.
- hanya satu tarian ini dipersembahkan dari rumah ke rumah semasa perayaan cina
-singa mencari makanan dalam keadaan sedih, gembira dan marah
-pada akhir, memakan sayur hijau dan mendapatkan angpow.

Tarian singa Utara

-berasal dari utara china dan tarian ini untuk sebagai hiburan diraja
-kostum singa mengunakan warna merah,jingga kuning dan hijau adalah kostum bagi singa betina..
-tarian ini lebih banyak pergerakan akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan.
-mempunyai badan, ekor dan kaki yang berbulu
-suka bergurau
-bersifat pementasan akrobatik


Alat Muzik

-Lu-gu Gong dan gendang , simbal





REFLEKSI TERAKHIR MINGGU KE-14..



Alhamdullilah, bersyukur saya ke hadrat Illahi kerna limpah dan kurniaNya dapatlah saya belajar sejarah muzik tradisional ini dari minggu pertama hingga ke minggu ke empat belas ini. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah subjek ini iaitu En. Amran Aris kerana mengajar kami dalam subjek ini. Sebenarnya subjek ini amat dan terlalu seronok bagi saya kerana pelbagai benda yang kami perolehi iaitu semestinya membuat tugasan menggunakan weblog ini, dan yang pastinya ini terbaru bagi kami kerana sebelum ini kami tidak mempunyai subjek yang megunakan weblog untuk membuat jurnal refleksi setiap minggu seperti subjek ini.

Dalam pembelajaran Subjek ini, teknikal, kandungan kursus dan menggunakan kemahiran berfikir adalah disemai dalam pengajaran dan pembelajaran kursus ini dan ini membuatkan kami lebih bersedia dengan kehidupan luar sana yang lebih mencabar dan kami juga menjadi pendidik nanti mampu mengajar kepada anak bangsa mengenai skop yang luas tentang kursus ini iaitu muzik tradisional.


Dalam pembelajaran ini, pendekatan pengajaran pensyarah adalah cemerlang dan sesuai bagi saya dan semestinya semua pelajar faham apa yang diajar didalam kelas. Pelbagai pendekatan yang digunakan membuatkan pelajar sentiasa memberi tumpuan dan sentiasa bersama pensyarah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.



Bagi pembentangan kumpulan, semua kumpulan yang membuat pembentangan adalah berjaya dengan jayanya dengan bantuan kajian yang dibuat. Pembentangan tersebut boleh dipertingkatkan lagi termasuklah secara teknikal, analitikel yang kukuh.


Kesimpulannya, saya mengucapkan sekali lagi ribuan terima kasih kepada pensyarah iaitu En Amran bin Aris selaku pensyarah yang mengajar kami dan kepada kawan-kawan yang juga memberi pendapat dikala saya meminta idea dalam subjek ini. secara keseruluhannya, saya berpuas hati dengan apa yang diajar dan apa yang saya belajar membuatkan saya faham mengenai kurus yang diajar ini. Semoga Allah memberkati amalan kita didunia dan akhirat..
Akhirulkalam....selamat menjawab 'Exam paper' ini dan semoga berjaya dan selamat bercuti, see you next semerster....InsyaAllah...

9 comments:

SMP 2252 NURUL HANA on October 30, 2010 at 9:28 PM said...

semoga apa yang diperolehi sepanjang kuliah muzik tradisional minggu 1 - 14 dapat dimanfaatkan sama ada dalam peperiksaan mahupun di masa akan datang. selamat maju jaya

SMP2252 WONG SOON EN on October 30, 2010 at 10:15 PM said...

Selamat menjawab 'Exam Paper" kepada saudara Shafri juga ye........ Good Luck.....:)

SMP2252 SALWA on October 31, 2010 at 7:17 AM said...

Good luck for you too...Semoga pembelajaran 14 minggu ini menjadi panduan untuk kita nanti bukan sekadar peperiksaan tetapi p&p kita di sekolah nanti...semoga pelajar kita juga mendapat mnfaatnya...aminnnnnnnnnn

bancha on October 31, 2010 at 12:18 PM said...

Shafri..
Buat la jurnal refleksi keseluruhan secara berasingan ok..haha..
Bagaimanapun tahniah atas komitmen awak yang sentiasa memasukkan semua data-data ke dalam blog awak. Nampak ringkas dan padat.

SMP2252ERNIE JUAN PRIMA NORDIN on October 31, 2010 at 1:13 PM said...

Data yang ringkas tapi padat. Good Luck.

smp2252azirul on October 31, 2010 at 10:46 PM said...

shaafri, tahniah sebab kita semua telah berjaya mengharungi kuliah selama 14 minggu. Bukan senang untuk mencelikkan mata yang memang buta teknologi. Apa - apapun terima kasih kepada En Amran.

smp2252shafry on November 4, 2010 at 10:39 AM said...

banca:
berasingan...? maksudnya...
saya buat yang terbaik dengan penuh usaha dan keyakinan yang padu...:-)

Alfie on December 25, 2018 at 5:10 PM said...

Transaction done with wrong address in Gdax
Are you a Gdax user? Are you being daunted by the fact that the transaction is done with wrong address in Gdax? Do you want a solution to this? If you want your experience to be smooth and hassle free then get in touch with Gdax service team. Dial Gdax customer support number1800-665-6722 today to get the best solutions. Their main aim is to make your experience smooth and rid you of all the obstacles that you are facing in Gdax errors. https://www.cryptophonesupport.com/wallet/gdax/

pingcall on June 22, 2019 at 1:59 PM said...

Difficulty in sending the cryptocurrency to another wallet in Binance
Are you looking for the process to send the bitcoin in Binance as the curr3ent process used by you has brought a bunch of problems and you are unable to deal with it? In order to avoid chaos and get accessible results, you can call on Binance contact number +18773307540 and speak to the executives who are there to resolve your doubts and queries in quick seconds and are available all the time.Binance contact number +18773307540

Post a Comment

 

BLOG PELAJAR KUMPULAN A

BLOG PELAJAR KUMPULAN B

BLOG PELAJAR KUMPULAN C

SMP 2252 SHAAFRI Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template