Wednesday, September 1, 2010

Minggu 7 : Jurnal Refleksi











Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia...


Pada minggu ini, terdapat dua kumpulan yang membuat pembentangan iaitu kumpulan kami menerangkan Muzik Kuda Kepang dan kumpulan yang kedua itu membentangkan mengenai Muzik Keroncong...

Kami membentangkan mengenai Muzik Kuda Kepang tersebut dan pelbagai perkara sebenarnya yang saya tidak tahu mengenai kuda kepang, sebelum diberi tugasan untuk membentangkan mengenai muzik dan tarian kuda kepang. Apabila mengkaji dan membaca pelbagai bahan mengenai kuda kepang barulah saya faham akan muzik kuda kepang yang sebelum ini, yang dikenali masyarakat adalah muzik bersahaja akan tetapi muzik kuda kepang sebenarnya bukan semudah itu apabila dipersembahkan dikhalayak orang ramai kerana mempunyai pantang larang yang wajib dipenuhi sebelum tarian kuda kepang itu dimulakan.

Pembentangan kumpulan lain pada hari tersebut ialah mengenai muzik keroncong. Muzik keroncong adalah salah satu muzik yang tidak asing lagi dalam muzik tradisional di negara kita. Muzik keroncong mutakhir ini sangat-sangatla semakin berkembang terutamanya di institusi pengajian tinggi dan sekolah, namun muzik ini harus dipelihara agar nilai dan ketulinannya tidak terhakis mengikut peredaran zaman yang kian pesat. Dalam pembentangan kumpulan yang membentang muzik keroncong itu, saya mengucapkan tahniah kerana boleh menerangkan dan memberi sedikit kefahaman kepada kami yang sebelum ini tidak tahu bagaimana cara alat muzik keroncong itu dimainkan. Selain itu, pendapat segelintir masyarakat yang sebelum ini menganggap muzik keroncong itu senang dimainkan adalah tanggapan yang salah dan perlu diubah kerana memainkan alat muzik keroncong adalah sangat susah saya mengetahuinya selepas melihat sendiri alat muzik itu dan cara ia dimainkan..


Saya berharap agar kumpulan lain yang membentang selepas ini lebih menonjol dan memberi keterangan yang membuatkan pendengar atau pelajar lebih faham dan akan berminat dalam muzik yang akan mereka bentangkan itu. Sekian...
Teruskan Membaca...

Saturday, August 21, 2010

Minggu 6 : Jurnal Refleksi



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Kuliah pada minggu ke-6 tentang makyung dan kompang. Lebih membincangkan tentang sejarah, persembahannya, alat muzik dan tempo,rentak melody muzik makyung dan kompang.


Makyung juga dikategorikan bentuk seni lakon seperti manora, meklumung, jikey. Makyung juga bentuk seni lakon yang sangat kuno juga mempunyai lagenda dan mitos. Menggunakan manusia sebagai pelakon dan mengutamakan dialog, tarian,muzik vokal dan instrumental dan megisahkan penceritaan.

Sejarah Makyung adalah berasal dari patani dan tersebar luas di semenanjung malaysia, medan dan kepulauan riau lingga di indonesia. Dibawa masuk di kelantan lebih pada200 tahun dahulu dan terus dibawa masuk ke kedah. Persembahan makyung dalam ritual dipersembahkan melalui main puteri tujuan menyembuhkan penyakit, persembahan untuk sembah guru dan semasa persembahan aras panggung sama dengan aras tanah.

Cerita makyung adalah berasal daripada dewa muda dan terdapat 11 buah cerita dan 30 buah lagu repertoir muzik vokal dan instrumental. Dialog dan nyanyian tarian dan diiringi muzik vokal dan instrumental cerita ini di sampaikan. selain itu, juga peranan watak-watak iaitu tok wak,peran tua dan muda,pakyung dan pakyung muda, mkayung dan puteri makyung.

Antara lagu-lagu makyung seperti mengadap rebab, kijang mas, lagu sidung. Mode lagu sesebuah persembahan makyung ialah seperti megadap rebab, lagu ela, megulit raja nak tidur, jembar atau mengabul, timang welu atau kijang emas, edayung pakyung, sang atau penyudah.
Alat-alat muzik sepasang gendang, sepasang tetawak, dan sebuah rebab 3 tali. Rebab memainkan melodi utama. Form atau bentuk struktur lagu makyung ditentukan dalam gongan dan dikawal oleh tetawak. sistem gongan 8bit,16 bit 32bit. Irama makyung pula ialah mengunakan 4 timbre iaitu pak, dung, cak , ting dan mengunakan gaya meningkah dan semua lagu makyung mempunyai tempo yang agak perlahan. Dibawah ialah contoh tarian dan muzik makyung.










Sejarah kompang ialah berasal dari kebudayaan arab asia di asia barat juga dikenali sebagai dufuf, daff, tar dan bendir. Di indonesia pula dikenali sebagai terbang atau rebana. Dibawa oleh pedagang arab pada kurun ke 13 masihi. Selalunya kompang dimainkan semasa majlis perkawinan, majlis keraian islam, maulidurasul, berkhatan dan kini ia juga dimainkan semasa menyambut ketibaan pemimpin, dan acara rasmi.


Adab ketika bermain kompang iaitu pakaian amat dititikberatkan, tidak boleh melentangkan kompang, tidak boleh melambung kompang, dan tidak boleh meletakkan arah kulit muka kompang ke lantai. Alat muzik kompang yang yang terpenting ialah bahagian belulang(kulit kambing betina), belulung baluh (kayu nangka).

Fungsi permainan kompang ialah mengiringi aktiviti aktiviti vokalseperti nyanyian solo atau kumpulan ensemble seperti marhaban dan nasyid. Selain itu, ia jugadigunakan dalam mengarak peengantin, kanak-kanak berkhatan, berkhatam alquran, upacara rasmi melibatkan pembesar. Selain itu, ia juga digunakan dalam elemen permainan ensembel lain seperti orkestra, lagu etnik kreatif, caklempong, dan gamelan. Selain itu, ia juga digunakan untuk memeriahkan majlis seperti sukan iaitu untuk menyorakkan lagi majlis tersebut.

Permainan kompang terbahagi kepada pelbagai jenis seperti kompang hadrah, kompang johor, kompang eizhar, kompang kelalang. Teknik bermain kompang, pegang kompang dengan sebelah tangan sementara sebelah tangan lagi memukulnya. Rentak kompang seperti rentak inang asli, rentak masri, rentak asli.

Teruskan Membaca...

Saturday, August 14, 2010

Minggu 5 ; Jurnal Refleksi




Assalamualaikum dan salam 1 malaysia..

Pada minggu yang ke-5 ini, kami mempelajari gamelan dan caklempong. Kami diterangkan mengenai sejarah, alat muzik dan sistem tonal, melodi, bentuk dan tekstur muzik itu.

Sejarah muzik gamelan ialah perkataan gamelan berasal daripada bahasa jawa dan dalam aspek alat muzik pula,kebanyakkan alat muzik gamelan diperbuat daripada perunggu dan kayu, dari besi dan buluh dan mempunyai larasan yang tetap atau ‘fixed tuning’. Cara untuk bermain gamelan pula,dimainkan secara ensemble dan kelihatan sempurna apabila dimainkan secara ensemble atau berkumpulan.

Gamelan adalah dipercayai berasal dari Indonesia, juga terdapat alat gamelan yang serupa di negara jiran seperti Filipina, Thailand, Cambodia dan sebahagian Vietnam. Sebagai contohnya, Kulintangan di Sabah, Sarawak, Brunei, Mindanao dan Celebes. Namun namanya adalah berbeza di setiap tempat itu, akan tetapi bentuk alat serta susunannya adalah lebih kurang sama.

Jenis gamelan pula terbahagi kepada dua, gamelan melayu dan jawa. Gamelan melayu wujud di Istana Riau Lingga pada abad ke 18 iaitu disebabkan ikatan perkahwinan keluarga di Raja Riau dengan keluarga Bendahara dari Negeri Pahang dan Gamelan, Penari, pemuzik turut serta berpindah. Pada awal abad ke 20 telah berpindah ke Istana Terengganu dan meraikan majlis perkahwinan Sultan Sulaiman dengan Tengku Mariam,perkahwinan antara dua pihak yang berbeza negeri iaitu terangganu dan pahang. Hal ini, menjadikan bermulanya identiti Muzik Gamelan Melayu dan Jawa dipisahkan mula dipisahkan melalui penciptaan lagu baru dan sistem tuning, instrumentasi, dan melodi.

Gamelan Jawa pula, adalah berasal daripada Pulau Jawa Tengah dan dibawa oleh orang-orang Jawa ketika penjajahan orang-orang Eropah, kesenian merangkumi Tarian, wayang kulit pruwa, kuda kepang,di bahagian selatan Semenanjung Malaysia dan berbagai-bagai bentuk tarian dan wayang Jawa masih dipersembahkan dengan iringan Gamelan Jawa.

Perbandingan antara gamelan jawa dan terangganu dapat dilihat pada bonang barong gamelan terangganu ia digunakan untuk membuka lagu dan memainkan melodi tetapi bagi Gamelan Melayu ia dimainkan untuk membuka lagu dan dimainkan bagi detik pertama dan ketiga dalam setiap gatra mipil dan gembiang.

Perbandingan dalam bonang penerus pula ialah gamelan jawa memainkan not sinkopasi (up-beat),secara ‘call and respon’ (soal jawab,question and answer kepada Bonang Barong manakala dalam permainan gamelan terengganu, bonang penerus akan memainkan melodi seperti Bonang Barong. Bonang Penerus boleh juga dimainkan secara harmoni bersama Bonang Barong dengan cara membuat improvisasi irama dan melodi.

Dalam saron peking pula gamelan terangganu memainkan melodi utama yang diketuk menggunakan pengetuk yang dibuat daripada tanduk haiwan berbentuk penukul dan saron Penerus diketuk secara gandaan dan biasanya memainkan not kuaver. Saron demung pula gamelan Terangganu memainkan melodi utama yang diketuk menggunakan pengetuk yang dibuat daripada kayu berbentuk penukul iaitu dikenali sebagai wilahan bagi gamelan Jawa pula dimainkan pada detik kedua dan keempat. Terdapa juga perbezaan pada saron baron, gedang, dan gambang. Di bawah adalah muzik gamelan lagu timang brung dengan tariannya.



Caklempung pula ialah dikenali sebagai telempung berasal daripada minangkabau dan ia terdapat di daerah Lenggang, Kuala Pilah, dan Jelebu di Negeri sembilan. Caklempung ini biasanya mengiringi nyanyian, tarian lilin, pencak silat, majlis perkhawinan dan keramaian. Alat-alat muzik caklempung adalah seperti bonang, gereteh, tingkah, sauwa, gendang ibu dan anak, bangsi, serunai.
Di bawah adalah contoh muzik caklempung.
Teruskan Membaca...

Sunday, August 8, 2010

Minggu 4 : Jurnal Refleksi

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pada kuliah ke-4 ini, lebih membincangkan tentang wayang kulit iaitu jenis-jenis wayang kulit, alat-alat muzik wayang kulit dan perbezaan antara wayang kulit.

Wayang kulit ialah teater tradisional malaysia, iaitu pengkisahan dalang dan bayang-bayang patung diatas ketir. Ianya berbentuk teater purba dimainkan oleh orkestra tertentu mengiringi gerak geri wayang.

Terdapat empat jenis wayang kulit iaitu wayang kulit jawa, wayang gedek, wayang kulit malaysia, dan wayang kulit kelantan.

Wayang kulit jawa ialah dikenali sebagai wayang purwa dan berasal dari indonesia. Ianya dipersembahkan oleh orang keturunan jawa di Johor dan Selangor. Wayang kulit ini diiringi oleh muzik gamelan jawa, dan terdiri daripada pemuzik dan penyanyi. Isi cerita wayang ini ialah berdasarkan cerita pendawa jawa. patung-patung yang digunakan menyerupai patung wayang kulit kelantan. wayang ini mengunakan bahasa jawa namun dielek melayu tempatan juga digunakan dan diselitkan dalam cerita.

Wayang gedek pula terdapat di kawasan utara semenanjung Malaysia iaitu perlis dan kedah. wayang ini berasal daripada thailand mengunakan patung dan bahasa yang digunakan ialah mengunakan campuran bahasa thailand dan bahasa tempatan. isi cerita wayang ini ialah mempunyai benyak persamaan dengan nong talung.Isi cerita wayang Gedek mempunyai banyak persamaan dengan Nong Talung. Walau Dalam wayang ini, terdapat penerapan unsur-unsur setempat. Cerita Wayang Gedek ini banyak diselitkan dengan babak-babak cerita yang popular pada masa kini. Patung yang digunakan banyak pengaruh nong takung dalam aspek ukiran,pakaian, dan hiasan. Bahasa yang digunakan ialah disampaikan dalam loghat siam dan mahupun dielek melayu kedah.


Wayang kulit melayu (wayang jawa)ialah dipengaruhi oleh oleh Wayang Purwa dari Indonesia iaitu pada abad 19 dan 20 ianya berkembang di bawah naungan Raja untuk hiburan bangsawan kedah dan ktan dan ianya dimainkan di Istana Patani Epos Mahabrata
Bentuk patung, mengikut stail Pulau Jawa Masih ada di Kg. Cicah, Kelantan.

wayang kulit kelantan ialah teater rakyat dan ianya sangat popular.Penceritaannya popular ialah Cerita Melayu, Cerita Panji dan cerita tempatan. cerita wayang ini ialah berdasarkan cerita dalam Hikayat Seri Rama dan disadur dari epik ramayana tradisi india. Ukiran patung mempunayai persamaan dengan patung-patung patani. begitu jga pada bahasa yang digunakan iaitu bahasa pengatar dielek yang digunakan ialah dielek bahasa kelantan dan mempunayi pengaruh petani.

Kesimpualnya, terdapat pelbagai jenis wayang kulit yang terdapat di Malaysia dan mempunyai persamaan dan perbezaannya tersendiri.
Teruskan Membaca...

Minggu 3 : Jurnal Refleksi

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua kawan-kawan...

Pada minggu ke-3 ini..pembelajaran adalah berkaitan dengan kaedah klasifikasi, kategori dan ciri-ciri muzik radisional alaysia.

Adaptational adalah bermaksud penyesuaian, dan ianya dipengaruhi oleh budaya setempat.selain itu, ianya juga tindakbalas mengikut keadaan ekologi.
Idiosyncritic pula ialah gaya atau cara yang tersendiri, ini dilakukan tanpa perubahan dalam aspek mode muzik, prinsip akustik. ia adalah kestabilan unsur dan bentuk asal.sebagai contohnya,gambus hadramaut.

Dalam aspek klasifikasi alat muzik tradisional malaysia pula ialah mempunyai sistem penyusunan alat muzik tersebut seperti budaya muzik cina,india dan barat.

selain itu, ciri-ciri muzik tradisionl malaysia ialah mempunayai lima kategori utama iaitu muzik rakyat, muzik klasik,muzik sinkretik, dan muzik kontemporari.


Kesimpulanya, terdapat pelbagai muzik tradisional malaysia dan ianya memberi warna-warni dalam kepelbagaian dan kehidupan bangsa dan ianya dapat mencorakkan pembangunan negara malaysia..
Teruskan Membaca...

Monday, July 26, 2010

Minggu 2 : Jurnal Refleksi

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia…..

Pada minggu kedua ini, saya telah mempelajari dan memahami apa yang dimaksudkan dengan soundscape, budaya muzik, sejarah muzik, kategori alat muzik serta konsep dan struktur muzik. Sebelum ini, saya mengetahuinya serba sedikit dan tidak secara terperinci iaitu apa yang dimaksudkan dengan konsep, budaya, sejarah dan kategori muzik dan sebagainya kerana saya sudah pun mengambil subjek Music Appreciation dulu namun subjek Muzik Tradisional Malaysia (SMT2252) ini mengukuhkan lagi pengetahuan ‘knowledge’ saya dalam subjek atau bidang ini.

Perkataan yang pertama saya mempelajari pada minggu yang kedua ini ialah soundscape. Soundscape yang diterangkan ialah merujuk kepada dua perkataan iaitu sound bermaksud bunyi dan scape adalah pemandangan dan rumusannya pemandangan bunyi merujuk kepada bagaimana karektor bunyi mengambil tempat dalam konteks lingkungan suara. Konsepnya, landscape adalah mata dan soundscape ialah bunyi mengikut apa yang diajar dan diterangkan dalam kuliah tersebut. Dalam aspek pembelajaran soundscape ini, terdapat satu sesi mendengar iaitu bertujuan memfokuskan beberapa karektor bunyi dalam video yang dirakam, Bunyi/Suara apa yang paling jelas didengar, Bunyi /suara apa yang paling merdu, Bunyi/suara apa yang paling jauh, Bunyi suara apa yang paling selesa didengar. Hal ini dapat membantu dan meningkatkan kepakaran dalam bidang aurali atau pendengaran dalam muzik.

Selain itu, juga diterangkan mengenai budaya muzik (music culture) iaitu bermaksud Penglibatan menyeluruh berkaitan muzik seperti idea, aksi, institusi, material (peralatan, pakaian dan sebagainya). Disamping itu, setelah mempelajari budaya muzik ini, boleh mengenalpasti budaya muzik melalui genre.

Sejarah juga diterangkan dalam kuliah tersebut. Sejarah muzik tradisional Malaysia diingatkan bahawa kepulauan Melayu lama merangkumi Malaysia, Indonesia, sebahagian Thai, Kampuchea dan Filipina. Dalam Konteks Budaya iaitu terdapat persamaan alat/struktur muzik, dipengaruhi unsur-unsur Timur Tengah, India dan China Interaksi sosiobudaya menghasilkan kepelbagaian genre. Selain itu juga diterangkan mengenai iaitu benua Asia ke Kepulauan Pasifik 3000sm iaitu Proto Melayu 300sm bergerak kelembah/dataran (Asia Tenggara/Melayu Serantau) Deutro Melayu. Penganut agama animisme iaitu penggunaan jampi serapah memuja semangat contohnya Wayang Kulit. Pengarauh Pedagang India juga iaitu Epik Ramayana/ Mabharata (Penggunaan Alat Muzik seperti Gendang dan Serunai). Kerajaan Hindu Funan (1-627 TM) Delta Mekong, Langkasuka dan Kedah. Kerajaan Seriwijaya iaitu Palembang di Sumatera Selatan dan tahun 1292 iaitu sekurun diperintah Kerajaan Hindu Majapahit Semua yang disebut tadi Kebudayaan Melayu Lama. Hal ini adalah kami pelajari dan telah diterangkan semasa kuliah tersebut.

Selain itu, kategori alat muzik juga diterangkan dalam kuliah tersebut. Kategori alat muzik ini dapat dipecahkan kepada empat bahagian besar iaitu alat muzik kordofon, membranofon, aerofon dan idiofon. Kordofon adalah alat muzik yang menghasilkan bunyi daripada getaran pada tali. Membranofon pula menghasilkan bunyi apabila dipalu atau diketuk. Membranofon ini terbahagi kepada dua iaitu membranofon yang berpic dan tidak berpic. Contohnya membranofon yang berpic ialah xylophone, manakala membranofon yang tidak berpic ialah bass drum, rebana,kompang dan sebagainya. Aerofon pula ialah alat muzik yang menghasilkan melalui lubang udara dan idiofon ialah alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui tindakbalas pada rangka badan yang bergema. Contoh alat muzik idiofon ialah gong dan lain-lain. Dalam kategori idiofon terdapat alat-alat muzik 'metallophone', yang diperbuat daripada logam gangsa seperti saron dan gendir dalam ensemble gamelan.

Pada akhir pembelajaran juga diterangkan struktur dan konsep muzik iaitu apa yang dimaksudkan dengan melodi, ritma/meter, harmoni, bentuk/ form, notasi dan exspresi/tafsir iaitu kepekaan terhadap mood dan perasaan seperti perubahan pada tempo,dinamik,frasa dan corak tone iaitu cirri kualiti suara.

Secara keseruluhannya, pembelajaran pada minggu kedua ini memberi input atau membuka minda saya untuk lebih memahami bidang muzik tradisional Malaysia ini seterusnya membolehkan saya yakin mengemukakan atau mengajar berkaitan dengan muzik tradisioanal ini.


Teruskan Membaca...

Wednesday, July 21, 2010

BIODATA


Nama: Shaafri Bin Sakin
No. Matrik: D20081032416
Program: Pendidikan Muzik (AT 22)
Kumpulan: B
Semester: 5
Subjek: SMP 2252 Muzik Tradisional Malaysia
Email: 1988Ry@gmail.com
Alamat blog: http://smp2252safry.blogspot.com/
Negeri Asal: Ranau Sabah
Teruskan Membaca...
 

BLOG PELAJAR KUMPULAN A

BLOG PELAJAR KUMPULAN B

BLOG PELAJAR KUMPULAN C

SMP 2252 SHAAFRI Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template